Tuesday 18 November 2014

Selamat Datang Ke Silakan Homestay Melaka








Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua para pengunjung dalam dan luar negeri ke Melaka. Bagi yang ingin menenangkan fikiran dan merasai suasana dan ketenteraman aman damai ala-ala perkampungan Melayu Melaka, Homestay Silakan ini adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga.

Terletak di kawasan perkampungan Serkam ini dan berdekatan dengan lokasi2 menarik di sekitarnya seperti Medan Ikan Bakar Serkam, Medan Ikan Bakar Umbai, Makam Tun Teja, Perigi Portugis, Rumah Penghulu Mat Natar dan lain2 lokasi pasti menggamit perasaan anda sekeluarga di sini. Dan homestay kami juga berdekatan dengan Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Merlimau, Jasin adalah lokasi terbaik bagi ibu bapa yang ingin menziarahi anak2 mereka yang sedang menuntut di sini.

Kami menyediakan sebuah rumah yang besar dan luas pasti menjanjikan keselesaan anda sekeluarga. Bagi keselamatan kenderaan anda, 4 buah kereta boleh dimuatkan dalam satu2 masa untuk parkir di dalam kawasan rumah yang berpagar. 

Ruang Tamu



Ruang tamu kami sangat selesa dan cantik untuk anda sekeluarga beristirehat. Kemudahan asas seperti sofa set, penghawa dingin, kipas, tv disediakan di ruang tamu ini.

Bilik 1




2 buah bilik yang besar dan selesa untuk seisi keluarga. Bilik2 disediakan penghawa dingin, kipas, katil Queen, almari pakaian dan almari solek/ hias diri, sejadah dan lain-lain kemudahan bagi menjamin keselesaan anda semua.

Bilik 2







2 buah bilik yang besar dan selesa untuk seisi keluarga. Bilik2 disediakan penghawa dingin, kipas, katil Queen, almari pakaian dan almari solek/ hias diri, sejadah dan lain-lain kemudahan bagi menjamin keselesaan anda semua.

Ruang Dapor & Memasak









Bagi pengunjung yang bermalam untuk beberapa hari di sini, anda boleh memasak dan menjamu selera bersama keluarga di sini. Peralatan memasak seperti dapor gas, alatan memasak, petis ais, rice cooker dan lain-lain disediakan 

Balkoni Depan Rumah Santai






Dan anda boleh menikmati persekitaran perkampungan Melayu Melaka dengan melepak santai di depan balkoni rumah.

Kami berharap anda akan gembira dan berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang kami sediakan di Silakan Homestay Melaka ini....insyaAllah.

Bagi yang ingin membuat tempahan sila hubungi En Zainal Abidin 013-7255396

FOR MUSLIM ONLY