Tuesday 18 November 2014

Perigi Portugis Merlimau

Selepas melawat makam tersebut.... Kami terus menuju ke Peninggalan Perigi Portugis tak jauh dari Makam tersebut.... Lokasi tersebut di Jalan Perigi Portugis, Kampung Bulang, 77300 Merlimau, Melaka...


Alhamdulillah..hasrat hati sejak bergelar 'pesara' hendak menjejak kaki ke tempat bersejarah di Merlimau, tanah tumpah darahku..tercapai jua akhirnya. Misi yang tanpa dirancang...bersama isteri, Qwan merentas jalan tengah setelah selesai menziarahi kubur ibubapa mertua..terlihat papantanda Perigi Portugis disebelah kiri jalan antara Jalan Pengkalan Samak, Merlimau ke Sempang Pantai..Pertama kali sebenarnya ke kawasan tersebut, meskipun sebagai anak watan...hmmm..: Better Late Than Never..



Perigi yang dibina oleh pihak Portugis ketika berhadapan dengan orang-orang Bugis adalah untuk sumber bekalan air bagi minuman dan mandian bagi kuda-kuda, dibina dari batu laterit yang diambil dari pulau-pulau sekitar Melaka ..Pulau Upeh, Pulau Besar. Jika dilihat kawasan sekitar, dibina pondok rehat namun akibat sikap vandalisme, meter bekalan letrik pun turut dirosakkan..macam-macam kerenah..masih tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap harta awam.

Pintu masuk Makam Tun Teja

Makam Tun Teja

Setelah menjenguk sendiri, merasa dinginnya air Perigi Portugis, kami bergerak ke Makam Tun Teja (lagenda putri rupawan yang jadi igauan Sultan Melaka)..pun buat pertama kali menjejaki ke kawasan tersebut, walhal dah 'beratus kali' gaknya melalui hadapan kawasan jalan utama. Terletak di tepi jalan, berjalan hampir 50 meter ke makam tersebut. Di sekitar makam, anda boleh membaca di papantanda yang disediakan tentang kronologi cerita lagenda Tun Teja. Teringat ketika bercuti ke Langkawi, kawasan Makam Mahsuri yang dilatari saujana sawah padi..begitu jugalah ketika di Makam Tun Teja...dikelilingi kawasan sawah padi...dingin angin sepoi-sepoi bahasa menjamah tubuh...hmmm..berhadapan makam turut ditanam Pokok Bunga Tanjung. Nama Saintifiknya Mimusops Elengi dalam Famili Sapotacae...selalu mendengar lagu...Bungaaaa Tanjunggg..pertama kali juga melihat pokok dan bunganya...harum mewangi baunya...

Pokok Bunga Tanjung
Daun dan Bunga Tanjung

Apapun sempat menjamah makanan/minuman di Seri Teja..warung di pintu masuk Makam. Jika dulu nampak seolah-olah lesu, alhamdulillah makin maju nampaknya gerai tersebut, penuh dengan pantun dan perumpamaan yang digantung di situ..orang Melaka ler katakan...kreatif,inovatif pemilik gerai..tahniah..budaya Melayu dilupa jangan.

No comments:

Post a Comment