Sunday, 16 November 2014

Makam Tun Teja

Nisan Tun Teja yang terdapat di Merlimau

Siapa dia TunTeja:

Nama penuhnya ialah Tun Teja Ratna Benggala , anak Bendahara Pahang dalam akhir abad ke 15. Beliau adalah seorang gadis yang bersopan santun. Murni tingkah lakunya, berbudi bahasa orangnya dan sangat jelita wajahnya. Perwaatakan kewanitaannya amat menarik hati yang di Pertuan Negeri Pahang. Beliau akhirnya dipinang oleh Yang Di Pertuan.
Pandangan seorang pelukis wajah jelita Tun Teja

Kejelitaan dan pekerti mulia Tun Teja sampai kepengetahun Sultan Mahmud Melaka. Sultan Mahmud ingin memperisterikan Tun Teja. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah berjaya dibawa keMelaka oleh Hang Nadim. Manakala Hikayat Hang Tuan, Hang Tuah yang mebawa TunTeja ke Melaka. Tidak kira siapa yang kembawanya akhirnya Tun Teja telah berjaya dibawa ke Melaka. Akhinya Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Melaka dan tinggal bersama-samanya di Istana Melaka.

Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara


Pada tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu).Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.

Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).

Tun Teja Gering


Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar.Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.


Kemangkatan Tun Teja.

Mengikut sumber sejarah

“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada
pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu
dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di
situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata
baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-
jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.”

Kawasan yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTEJA.

Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”

“Setelah Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah meninggal dunia ..”

Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.

Setelah itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar, sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.

Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU.

Setelah berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.

Kawasan yang dipilih oleh Sultan Mahmud terletak di sebuah kawasan yang tinggi sedikit di sekitar kawan itu. ( Kawasan ini sebenarnya kawasan tanah tinggi tetapi apabila diigunakan oleh penduduk tempatan sebagai aktiviti pertanian kawasan ini telah runtuh akibat dari dijadikan tempat rehat, Menambat kerbau, menjemur padi, menangin padi, membaja padi, membut pondok, menyimpan benih dan sebagainya)

Jenazah Tun Teja selamat dikebumikan dalam keadaan yang serba sederhana.Sultan Mahmud dan angkatannya tinggal di Merlimau selama tiga hari selepas kemangkatan Tun Teja. Pada pagi hari yang keempat Sultan Mahmud mengziarahi makam Tun Teja dan selepas berdoa baginda dan angkatannya berangkat ke Muar.
Bersemadilah Jenazah Tun Teja di Solok Menteja, Pengklalan Samak, Merlimau Melaka.

Makam Tun Teja yang telah dipulihara oleh pihak muzium
Moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya




No comments:

Post a Comment